Ar-Rahnu Express Kuantan

Ar-Rahnu Express

Pajak Gadai Islam

Setanding dengan nama Ar-Rahnu Express, proses pajakan kami adalah berteraskan Pajak Gadai Islam.
Kami menitikberatkan mutu perkhidmatan kepada setiap pelanggan untuk menjamin
keselesaan semasa berurusan dengan kami.

Kelebihan Ar-Rahnu Express

Dibuka Setiap Hari

Ar-Rahnu Express mengutamakan kemudahan para pelanggan dengan beroperasi setiap hari (Isnin – Ahad) termasuk cuti umum. Untuk waktu pembukaan cawangan, sila rujuk di sini.

Berkepakaran Tinggi

Selaras dengan pengalaman yang luas dalam industri emas dan berlian lebih dari 60 tahun, Ar-Rahnu Express mempunyai kepakaran yang tinggi dalam menilai barangan kemas anda terutamanya barangan emas yang bertatahkan berlian.

Telus. Pantas. Mesra

Setanding dengan nama Ar-Rahnu Express, proses pajakan kami amat telus dan pantas. Kami menitikberatkan mutu perkhidmatan kepada setiap pelanggan untuk menjamin keselesaan semasa berurusan dengan kami.

Senarai Barang Pajakan Yang Diterima

Jongkong Emas (Pelbagai Jenama) | Dinar Emas (Pelbagai Jenama) | Syilling Emas | Batu Berlian Bersijil | Emas mutu 375, 750, 835, 916, 999 | Emas putih | Barangan kemas lama atau rosak | Barangan kemas berlian | Barangan kemas batu permata | Barangan kemas mutiara.

AR-RAHNU EXPRESS

Perkhidmatan Percuma

Kami memastikan mutu perkhidmatan yang diberi memuaskan hati pelanggan kami.

Penilaian Percuma oleh Pakar: Emas, Berlian dan Permata

Barang kemas dan batu berlian dinilai secara percuma oleh pegawai bertauliah di Ar-Rahnu Express.

Kiraan Zakat Emas Percuma

Kami membantu anda menjalankan kewajipan dengan menyediakan perkhidmatan kiraan zakat emas secara percuma .

Cucian Barang Kemas Percuma

Kami mempunyai peralatan terkini untuk mencuci barang kemas anda secara percuma.

Ujian Ketulenan Emas Percuma

Kami boleh menjalankan ujian ketulenan barang kemas anda secara percuma.

Kadar Ar-Rahnu Express

1% Upah Simpan

Upah simpan yang ditawarkan hanyalah 1% dari nilai marhun, iaitu sangat berpatutan dan menyenangkan para pelanggan

75% Margin Pembiayaan

Sehingga 75% kepada semua pelanggan tanpa mengira pelanggan tetap atau baru.

6 Bulan Tempoh Pembiayaan

Tempoh pajakan di Ar-Rahnu Express adalah sehingga 6 bulan. Namun begitu, pelanggan boleh melanjutkan tempoh pajakan 3 bulan tambahan dengan membayar 6 bulan upah simpan.

Ar-Rahnu Express beroperasi seperti biasa termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Rujuk cawangan untuk maklumat lanjut.

X
Scroll to Top
Open chat
1
Perlukan bantuan?
Bolehkah kami bantu anda?