Mengenai Kami


FLEKSIBEL . MUDAH . MESRA

Di AR-RAHNU EXPRESS, kami mempunyai matlamat yang jelas untuk memberikan kemudahan mikro-kredit yang mudah dan fleksibel kepada pelanggan. Dengan pembukaan cawangan pertama pada April 2010, AR-RAHNU EXPRESS terus mendapat sambutan dan sehingga kini beroperasi di 7 cawangan dan akan terus berkembang.

Kami di AR-RAHNU EXPRESS memahami bahawa mendapatkan kemudahan kewangan yang fleksibel dan tidak membebankan adalah sukar. Kami menawarkan skim pinjaman mikro yang berteraskan kepada Syariah Islam yang bebas riba’, adil dan tidak membebankan. Dengan margin pinjaman yang tinggi sehingga 75% dan had pinjaman hingga RM100,000 kami yakin ianya mampu mengurangkan tekanan kewangan anda. Kami juga menawarkan kaedah pembayaran semula yang mudah dan fleksibel.

 

KEPAKARAN TINGGI . KETERBUKAAN

Di AR-RAHNU EXPRESS, kami menerima semua jenis emas termasuk emas yang rosak, barangan kemas berbatu permata, jongkong emas, dinar dan juga barangan berlian. Dengan pengalaman luas di dalam industri emas dan kepakaran dalam menilai berlian membuatkan AR-RAHNU EXPRESS satu-satunya Ar-Rahnu yang mampu menawarkan nilai kepada barangan kemas berlian anda.