Soalan Lazim

  1. Apakah kelebihan AR-RAHNU EXPRESS berbanding Ar-Rahnu yang lain?
    AR-RAHNU EXPRESS menerima semua jenis emas termasuk pelbagai jenama jongkong emas, dinar, emas rosak, emas putih, emas Oro Italia, berlian bersijil (GIA), barangan bertatahkan berlian, batu permata dan Mutiara. Kami juga satu-satunya Ar-Rahnu yang mempunyai kepakaran di dalam menilai berlian.

  2. Bagaimanakah tatacara mendapatkan pinjaman dari AR-RAHNU EXPRESS?
    Urusan kami sangat mudah. Pelanggan hanya perlu membawa kad pengenalan dan barang kemas yang hendak dipajak. Untuk bukan warganegara, hanya perlu membawa passport yang sah bersama barang pajakan.

  3. Berapakah margin pinjaman di AR-RAHNU EXPRESS?
    AR-RAHNU EXPRESS menawarkan margin pinjaman tertinggi sehingga 75 % dari nilai marhun.

  4. Berapakah nilai maksimum pinjaman bagi setiap pelanggan?
    Setiap pelanggan layak membuat pinjaman maksimum sehingga RM 100,000.

  5. Berapakah kadar upah simpan yang dikenakan di AR-RAHNU EXPRESS?
    AR-RAHNU EXPRESS mengenakan upah simpan 1% dari nilai marhun bagi setiap bulan.

  6. Berapakah tempoh masa pajakan di AR-RAHNU EXPRESS?
    Setiap pajakan di AR-RAHNU EXPRESS mempunyai tempoh matang 6 bulan. Namun pelanggan boleh melanjutkan pajakan sehingga 9 bulan dengan membuat pembayaran upah simpan 6 bulan ketika pajakan telah masuk bulan ke-6 sebelum tamat tarikh matang.

  7. Adakah pelanggan boleh menebus barang pajakan sebelum tarikh matang ? Ada sebarang denda atau penalti yang dikenakan?
    Pelanggan berhak menebus pajakan yang dibuat pada bila-bila masa di AR-RAHNU EXPRESS tanpa sebarang bayaran denda atau penalti.

  8. Adakah cawangan AR-RAHNU EXPRESS dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum?
    Terdapat cawangan AR-RAHNU EXPRESS yang dibuka pada Sabtu, Ahad dan cuti umum. Sila rujuk maklumat cawangan kami.

  9. Adakah barang pajakan pelanggan diberikan perlindungan insurans?
    Setiap barang gadaian pelanggan akan diberikan perlindungan insurans.

  10. Adakah pelanggan perlu datang membuat bayaran pinjaman dan upah simpan setiap bulan?
    AR-RAHNU EXPRESS menawarkan kaedah bayaran yang fleksibel. Pelanggan mempunyai kebebasan untuk membuat pinjaman secara bulanan atau pun membuat bayaran penuh sewaktu penebusan. Pelanggan juga boleh membuat bayaran ansuran pada bila-bila masa samada harian, mingguan atau bulanan tanpa nilai minimum.

  11. Apakah yang pelanggan perlu lakukan sekiranya kehilangan Surat Akuan Gadaian (SAG)?
    Pelanggan perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah di cawangan AR-RAHNU EXPRESS yang berkenaan dan perlu membuat perakuan kehilangan Surat Akuan Gadaian (SAG) di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.