Polisi Perlindungan Data Pribadi

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Habib Jewels Sdn.Bhd dan syarikat induk,syarikat bersekutu, syarikat subsidiari atau syarikat berkaitan ("Habib"), menghormati dan komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi anda. Polisi Perlindungan Data Peribadi ini menjelaskan cara kami mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia yang telah berkuatkuasa pada 15 November 2013.

1. Pengumpulan Data Peribadi
Sewaktu anda berurusan dengan Habib, kami mungkin telah atau akan meminta anda memberikan data dan maklumat tentang diri anda, organisasi anda, pekerja anda dan pelanggan anda ("Data Peribadi") bagi membolehkan kami untuk menjalankan urus niaga komersial dengan anda atau untuk menyampaikan notis, perkhidmatan dan/atau produk dan/atau barangan penghantaran berhubung dengan perniagaan kami. Data peribadi ini adalah relevan bagi kami khususnya untuk proses perniagaan, pelaksanaan termasuk penyampaian notis, perkhidmatan dan/atau produk, pengurusan perhubungan pelanggan, tujuan perancangan untuk produk pada masa hadapan , pelancaran produk baru dan acara-acara termasuk acara promosi dengan rakan kongsi perniagaan dalam lingkungan perniagaan kami.

2. Kandungan Data Peribadi Yang Dikumpulkan
Data Peribadi yang dikumpulkan mungkin tertakluk kepada undang-undang perlindungan data, privasi dan undang-undang lain yang seumpamanya dan mungkin merangkumi dan tidak terhad kepada maklumat tentang nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor passport, alamat, jantina, bangsa, maklumat untuk dihubungi, alamat e-mel, alamat tempat tinggal atau alamat surat menyurat, maklumat tentang pasangan dan anak-anak, nombor telefon atau nombor faks, kaedah komunikasi yang menjadi pilihan, maklumat kad kredit, nama bank dan lain-lain maklumat bank yang penting dan dibenarkan oleh undang-undang.

3. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi
Data Peribadi yang telah atau akan dikumpul, diproses dan digunakan oleh kami bagi satu atau lebih tujuan berikut:

  1. penyampaian notis, perkhidmatan, produk atau barangan penghantaran kepada anda dan untuk tujuan pemasaran perkhidmatan atau produk tersebut sama ada pada masa kini atau di masa hadapan;
  2. untuk anda memasuki sebarang perjanjian dan/atau kontrak untuk membeli produk dan/atau perkhimatan dari kami;
  3. penjagaan dan penyelenggaraan rekod dan perkembangan pelanggan;
  4. untuk memudahkan pembayaran produk dan perkhidmatan kami;
  5. tujuan yang diperuntukkan dengan nyata dalam sebarang perkhidmatan atau produk khusus yang ditawarkan oleh kami atau rakan kongsi kami;
  6. menjalankan aktiviti pemasaran dan pemprofilan pelanggan berhubung dengan produk, projek dan/ atau perkhidmatan terbaru kami;
  7. penilaian kredit dan semakan kewangan dan latar belakang lain sepertimana dianggap perlu atau sesuai;
  8. penyimpanan rekod dalaman kami;
  9. menghalang jenayah (termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram dan rasuah);
  10. memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan produk oleh kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang yang berkaitan, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang berkaitan dengan kami atau mana-mana ahli syarikat-syarikat kumpulan kami;
  11. membolehkan kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, pos biasa, kaedah telekomunikasi yang lain (panggilan telefon, pesanan SMS atau media social) atau media sosial internet tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami dan/atau melalui kerjasama kami dengan pihak ketiga
  12. penyusunan, ubahsuai, penyimpanan, khidmat pelanggan, program kad pelanggan setia; dan/atau perkhidmatan lain yang berkenaan produk dan/atau perkhidmatan kami;
  13. mana-mana transaksi komersial lanjutan yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami.
Jika anda ingin kami menghentikan penghantaran bahan promosi dan/atau pemasaran kepada anda pada bila-bila masa, sila hantarkan kami e-mel atau surat ke alamat yang dinyatakan di Klausa 11.

4. Sumber Data Peribadi
Data Peribadi yang telah atau akan dikumpul, diproses dan digunakan oleh kami adalah melalui sumber yang sah dan telus seperti:

  1. perjanjian dan kontrak jual beli produk , hartanah atau perkhidmatan kami;
  2. borang pendaftaran rasmi (sama ada eletronik atau cetakan) untuk pelancaran produk baru atau semasa pameran produk bergerak, pameran, atau aktiviti promosi lain;
  3. permintaan secara rasmi untuk borang informasi yang diberikan kepada anda oleh kakitangan atau ejen kami;
  4. e-mel atau surat menyurat yang kami terima daripada anda meminta informasi atau membuat sebarang pertanyaan;
  5. borang yang telah anda menyerahkan ke laman web kami atau mana-mana laman web yang dikontrakkan oleh kami;
  6. rujukan yang diterima daripada seseorang yang merangkumi pengesahan maklumat hubungan peribadi mereka;
  7. apabila anda mendaftar untuk mendapatkan buletin syarikat kami dan/atau promosi bercetak kami;
  8. kad perniagaan yang ditinggalkan atau diserahkan kepada kakitangan kami, ejen, broker atau syarikat bersekutu;
  9. dokumen (termasuk tetapi tidak terhad kepada borang berkanun dan hasil) yang diserahkan kepada kami untuk diproses;
  10. penggunaan "cookies" semasa kunjungan anda ke laman web kami, di mana sebahagian kecil informasi yang disimpan secara automatik di dalam komputer pengunjung web boleh diekstrak oleh laman ini. Sekiranya anda ingin menutup aplikasi "cookies" ini, anda boleh berbuat demikian dengan menukar tetapan pada "Browser" anda. Walau bagaimanapun, dengan menutup aplikasi tersebut, anda mungkin tidak dapat menggunakan kesemua kelebihan laman web kami. Dalam sesetengah situasi, anda mungkin tidak dapat memasuki laman web kami sekiranya aplikasi "cookies" ditutup.
Kami tidak akan sesekali membeli atau memperolehi Data Peribadi secara komersil melalui transaksi pembelian atau perdagangan pengkalan Data Peribadi dan senarai yang tidak sah dengan apa cara sekali pun.

5. Hak Akses dan Pembetulan
Anda berhak untuk meminta akses dan sekiranya perlu, pembetulan maklumat Data Peribadi anda di dalam rekod kami. Anda berhak untuk :

  1. meminta akses ke atas Data Peribadi anda di dalam rekod kami untuk tujuan pengesahan. Anda boleh mengakses dan menyemak kembali sendiri semua Data Peribadi anda yang disimpan di pejabat korporat kami di alamat seperti yang tertera di Klausa 11;
  2. meminta pembetulan dibuat ke atas Data Peribadi anda di dalam rekod kami sekiranya maklumat tersebut tidak tepat, terpesong, tidak terkini atau lengkap semasa pengesahan dengan mengemaskini maklumat terkini anda di pejabat korporat kami seperti yang tertera di Klausa 11;
  3. meminta supaya Data Peribadi anda hanya disimpan untuk memenuhi tujuan maklumat tersebut dikumpul;
  4. meminta bukti polisi dan prosedur yang berkaitan dengan jaminan keselamatan Data Peribadi anda di dalam rekod kami;
  5. meminta kami menyatakan atau menjelaskan dasar dan prosedur yang berkaitan dengan data dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami;
  6. memaklumkan bantahan anda terhadap penggunaan Data Peribadi bagi tujuan pemasaran secara peribadi di pejabat korporat kami seperti yang tertera di Klausa 11 , dimana kami tidak akan menggunakan Data Peribadi anda bagi tujuan ini;
  7. menarik balik kebenaran yang telah diberi, sama ada sepenuhnya atau sebahagian, dengan mengunjungi secara sendiri di pejabat korporat kami seperti yang tertera di Klausa 11. Setiap kes adalah tertakluk kepada sebarang syarat undang-undang yang berkaitan, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah;
  8. kami dengan usaha yang munasabah akan memberikan anda salinan maklumat Data Peribadi yang dipohon dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan lengkap bertulis dari anda bersama bayaran yuran pemprosesan di pejabat korporat kami seperti yang tertera di Klausa 11;

6. Pendedahan Data Peribadi
Maklumat yang kami kumpulkan tidak dijual, diberi atau dikongsi dengan organisasi lain untuk tujuan komersial atau lain-lain tujuan. Semua bahan pemasaran, surat menyurat, pengiklanan dan/atau buletin akan dihantar kepada anda secara terus dari Habib dan tidak akan disimpan, tertakluk kepada maklumbalas terus anda kepada pengiklan. Data Peribadi yang diberikan kepada kami akan disimpan secara sulit dan anda dengan ini, mengizinkan dan memberi kuasa kepada kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak berikut:

  1. mana-mana syarikat yang berkaitan dan/atau subsidiari Habib, termasuk yang akan diperbadankan di masa hadapan;
  2. rakan kongsi perniagaan dan sekutu kami yang menawarkan perkhidmatan atau produk sebagai mana yang dianggap perlu atau sesuai berkaitan dengan perniagaan kami;
  3. auditor, perunding, peguam, akauntan kami atau lain-lain penasihat kewangan atau professional yang dilantik berkaitan dengan perniagaan kami;
  4. pihak ketiga kami yang memberikan perkhidmatan pengurusan syarikat, sub-kontraktor atau lain-lain pihak yang kami anggap sesuai atau perlu untuk memudahkan urusan anda dengan kami; dan
  5. pembekal perkhidmatan yang dianggap perlu atau sesuai yang kami lantik berkaitan dengan program kesetiaan bagi tujuan penghantaran penebusan hadiah dan perkhidmatan.
Data Peribadi anda mungkin akan didedahkan tanpa kebenaran anda jika pendedahan itu diperlukan bagi tujuan menghalang atau mengesan sesuatu jenayah, atau untuk tujuan penyiasatan atau apa-apa tujuan yang diperlukan atau diberikuasa di bawah mana-mana undang-undang atau dengan perintah Mahkamah. Pihak ketiga yang dilantik oleh kami dan diberi tugas memproses Data Peribadi anda secara sah selaras dengan prinsip data sulit yang dinyatakan oleh Habib. Pihak ketiga juga bertanggungjawab untuk menjamin Data Peribadi anda pada tahap keselamatan yang sesuai berhubung dengan undang-undang perlindungan data yang berkenaan dan piawaian industri yang diterima secara meluas.

7. Pilihan Untuk Menghadkan Pemprosesan Data Peribadi
Data Peribadi yang diberikan kepada kami akan diproses bila diperlukan atau apabila menjalankan penyenggaraan berjadual. Definisi "pemprosesan" ditakrifkan sebagai "mengumpul, merakam, memegang atau menyimpan Data Peribadi atau menjalankan sebarang operasi atau set operasi ke atas data peribadi, termasuk pengorganisasian, penyesuaian atau pengubahsuaian data peribadi, mendapatkan semula, perundingan atau penggunaan Data Peribadi, pendedahan Data Peribadi melalui transmisi, pemindahan, penyebaran atau sebaliknya tersedia atau pengaturan, kombinasi, pembetulan, pemindahan atau pemusnahan Data Peribadi" Anda berhak menghadkan sebahagian atau keseluruhan mana-mana proses yang melibatkan Data Peribadi anda untuk operasi yang dibenarkan ke atasnya, untuk tempoh masa dimana diberikan, dengan tempoh notis yang munasabah dari anda. Tanggungjawab pematuhan adalah terletak pada Habib yang menentukan tujuan dan maksud pemprosesan Data Peribadi itu.

8. Kesan Keengganan / Kegagalan Memberikan Data Peribadi
Data Peribadi yang diberikan kepada kami adalah secara keseluruhannya bersifat sukarela dan anda tidak ada sebarang kewajipan atau dibawah apa-apa paksaan untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, dalam situasi yang tertentu, untuk melengkapkan suatu transaksi komersial, kami memerlukan maklumat peribadi dan informasi tertentu terlebih dahulu. Kegagalan memberikan Data Peribadi mungkin akan mengakibatkan yang berikut di mana kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa akibat yang timbul daripadanya:

  1. Ketidakupayaan pihak untuk melaksanakan transaksi jualan, kontrak dan/atau perjanjian berhubung dengan jualan produk dan/atau penyediaan perkhidmatan kami;
  2. Ketidakupayaan kami untuk memberikan notis, perkhidmatan dan/atau produk yang diminta;
  3. Ketidakupayaan kami untuk memaklumkan kepada anda tentang produk terkini, perkhidmatan dan/atau sebarang pelancaran;

9. Perlindungan Data Peribadi
Data Peribadi anda akan disimpan dan diproses dengan cara yang selamat. Pentadbiran dan perlindungan keselamatan yang sesuai, polisi dan prosedur akan dilaksanakan selagi bersesuaian, selaras dengan undang- undang dan peraturan yang berkaitan. Kami akan, selagi bersesuaian, memastikan untuk menghalang sebarang pemprosesan yang tidak benarkan atau menyalahi undang-undang dan kehilangan,kemusnahan atau kerosakan yang tidak disengajakan ke atas Data Peribadi anda. Habib komited mengambil langkah secara teknikal, fizikal dan organisasi yang bersesuaian untuk melindungi Data Peribadi anda daripada akses tanpa kebenaran, pemprosessan yang menyalahi undang-undang, kerugian dan kerosakan yang tidak disengajakan, dan pemusnahan tanpa kebenaran ke atas Data Peribadi anda. Untuk melindungi Data Peribadi anda daripada akses tanpa kebenaran oleh pihak ketiga yang tidak berkuasa selain daripada Habib, semua Data Peribadi yang disimpan secara elektronik yang dimiliki Habib dikekalkan pada sistem yang dilindungi oleh rangkaian yang selamat. Entiti Habib menghadkan akses kepada sistem dalaman yang menyimpan Data Peribadi kepada kumpulan pengguna yang diberi kuasa yang diberi akses kepada sistem tersebut melalui penggunaan identiti dan kata laluan yang unik. Akses kepada data sulit adalah terhad dan diberikan hanya kepada pengguna yang berkenaan untuk tujuan melaksanakan tugas rasmi mereka. Pematuhan kepada peruntukan akan diperlukan dari pentadbir pihak ketiga yang akan mengakses Data Peribadi anda, seperti dinyatakan di dalam "Pendedahan Data Peribadi" di Klausa 6 di atas.

10. Bahasa
Selaras dengan Seksyen 7(3) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Polisi ini dikeluarkan dalam bentuk dwibahasa, iaitu versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara kedua versi polisi,versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

11. Pilihan Peribadi Anda Dan Cara Untuk Menghubungi Kami:
Sekiranya anda ada sebarang aduan atau pertanyaan tentang Polisi ini atau berkaitan penyalahgunaan Data Peribadi yang disyaki, anda boleh:

  1. E-mel kepada kami: pdpa@habibjewels.com ; atau
  2. Tulis atau faks kepada kami di alamat berikut:
    Indvidu untuk dihubungi: 
    Ms. Stephanie Chu Sook Wai, Pengurus,
    Jabatan Khidmat Pelanggan
    Habib Jewels Sdn Bhd
    106, Lorong Mamanda 2,
    Taman Dato Ahmad Razali, Ampang Point
    68000, Ampang
    Selangor
    Fax No: 03-42512704

12. Penukaran Polisi
Habib merizabkan hak untuk meminda Polisi ini pada bila-bila masa . Jika Polisi Perlindungan Data Peribadi ini diubah, ia akan dilampirkan di laman web kami dan/atau disampaikan kepada anda melalui lain-lain cara komunikasi yang dianggap sesuai oleh kami.

13. Pemindahan dan Perkongsian Data
Data Peribadi anda mungkin akan disimpan dan dipindahkan ke perkhidmatan pihak ketiga atau penyedia produk, serta kepada lokasi dan / atau sistem dalam atau luar Malaysia yang tertakluk kepada tahap kawalan yang sesuai terhadap keselamatan maklumat anda.

Dikemaskini pada Februari 2014