Terma Penggunaan

TERMA PENGGUNAAN

Anda dinasihatkan untuk membaca dengan teliti terma dan syarat-syarat ini sebelum meneruskan penggunaan laman web ini. Penggunaan laman web ini oleh anda dianggap sebagai pengesahan bahawa anda telah membaca dan menerima terma dan syarat-syarat ini tanpa sebarang had dan kelayakan. Kami berhak sepenuhnya untuk meminda semula terma dan syarat-syarat ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis. Sila tamatkan penggunaan laman Web ini sekiranya anda tidak bersetuju dengan semua atau mana-mana terma dan syarat-syarat yang tertera di sini.


  1. Penafian
    Kandungan atau bahan-bahan, maklumat atau kegunaan yang terkandung di dalam laman Web ini termasuk tetapi tidak terhad kepada ayat, imej, grafik, fail bunyi, fail animasi, fail video, pautan adalah atas dasar “ sedia ada”, “sedia pada””seperti yang tersedia”. Kami tidak memberikan jaminan atau representasi, sama ada secara jelas atau tersirat, atas ketepatan, kecukupan, kebolehpercayaan, ketepatan masa, prestasi, kesempurnaan atau kesesuaian maklumat dan material yang digunakan di dalam Web ini untuk tujuan tertentu. Anda dengan ini mengakui bahawa maklumat dan material tersebut mungkin mengandungi ketidaktepatan atau kesilapan dan kami dengan nyata ini mengecualikan sebarang liabiliti untuk mana-mana ketidaktepatan atau kesilapan tersebut setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

  2. Perubahan dan Pengubahsuaian
    Kami memelihara hak-hak kami dengan budi bicara kami sepenuhnya dan tanpa sebarang liabiliti untuk
    1. menukar, mengubah suai, mengubah, menyesuaikan, menambah atau mengeluarkan mana-mana terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini; dan/atau
    2. menukar, menamatkan atau menghentikan mana-mana bahagian di laman Web ini.
    Kami tidak perlu memberi anda apa-apa notis lebih awal sebelum melaksanakan mana-mana perubahan dan/atau pengubahsuaian seperti di atas ke dalam laman Web ini.

  3. Hak Cipta
    Melainkan dari yang dinyatakan sebaliknya, hak cipta di dalam laman Web ini berserta kandungan atau material termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, imej, grafik, fail bunyi, fail animasi, fail video dan mengikut turutan, yang dimiliki oleh kami, dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta Malaysia dan antarabangsa, perjanjian antarabangsa dan lain-lain hak harta intelek. Tiada sebarang kandungan atau material, secara keseluruhan atau sebahagian daripada laman Web ini boleh diubah, ditiru, dihasilkan semula, diterbitkan, disiarkan, diedarkan, dihantar semula, dipindahkan, dilesenkan, dijual, dieksplotasi atau diuruskan secara komersil dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.

  4. Cap Dagangan
    Semua cap dagangan, cap perkhidmatan dan logo yang dipamerkan di dalam laman Web ini telah didaftarkan, dalam proses dan cap dagangan yang tidak didaftarkan milik kami dan pemilik pihak ketiga yang berkaitan. Kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak kami, tiada yang di dalam laman Web ini boleh ditafsirkan sebagai memberi, secara tersirat, estopel, atau jika tidak, apa-apa lessen atau kebenaran menggunakan, muat turun, penghasilan semula, peniruan atau pengubahsuaian cap dagangan tersebut, cap perkhidmatan atau logo. Begitu juga, tiada cap dagangan, cap perkhidmatan atau logo boleh digunakan untuk menghubungkan atau untuk menandakan mana-mana pautan kepada laman Web ini tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.

  5. Pautan
    Laman Web kami mungkin menyediakan pautan kepada laman yang lain atau sebaliknya untuk kemudahan anda dan informasi. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kandungan dan ketersediaan lain-lain laman yang dikendalikan dan dikawal oleh pihak ketiga, termasuk informasi, produk atau perkhidmatan yang terkandung atau boleh diakses melalui kesemua laman web tersebut. Akses anda dan penggunaan laman Web tersebut adalah di atas risiko anda sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa secara langsung, tidak langsung, kerugian berterusan dan/atau apa jua jenis ganti rugi yang timbul dari akses ke atas laman Web ini.

  6. Penggunaan Data Peribadi Anda
    Kami akan menggunakan data peribadi yang diberikan oleh anda melalui laman Web kami ini hanya untuk tujuan seperti yang telah dinyatakan sewaktu data peribadi tersebut dikumpulkan oleh pihak kami, dan untuk kegunaan secara langsung yang berkaitan KECUALI kami dikehendaki atau diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengemukakan data peribadi tersebut atau anda telah memberikan kebenaran bertulis untuk mendedahkan data peribadi tersebut.

  7. Liabiliti
    Penggunaan apa-apa informasi atau material yang terkandung di dalam laman Web kami ini adalah di atas risiko anda sendiri, di mana kami tidak akan bertanggungjawab. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa mana-mana produk, perkhidmatan atau informasi di dalam laman Web ini menepati kehendak peribadi anda. Dengan melayari laman Web kami ini anda adalah bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab didalam apa jua keadaan, termasuk kecuaian, secara langsung, tidak langsung atau kerugian berturut-turut yang timbul dari penggunaan informasi dan material yang terkandung di dalam laman Web kami ini atau dari akses anda ke laman pautan seperti dinyatakan di Klausa 5 di atas. Kami juga tidak akan terlibat atau bertanggungjawab atas apa jua material dan hak cipta berkaitan yang disediakan oleh pihak ketiga dan tidak akan dalam mana-mana situasi, bertanggungjawab atas kehilangan, kerugian atau kecederaan yang timbul daripada material tersebut.

  8. Undang-Undang dan Bidang Kuasa
    Penggunaan laman ini atau mana-mana laman adalah tertakluk oleh terma dan syarat-syarat oleh laman ini dimana adalah ditadbir secara ekslusif oleh dan ditafsirkan mengikut semua undang-undang Malaysia yang berkaitan. Dengan menggunakan laman Web ini, anda adalah bersetuju dengan bidang kuasa eksklusif Mahkamah di Malaysia dalam semua tindakan, pertikaian atau kontroversi yang timbul daripada penggunaan laman Web ini.